PROJEK FIQH
SOLAT KHAUF KETIKA
MUSUH BERTENTANGAN DENGAN KIBLAT
CARA YANG PERTAMA
Shalatul Khauf (sembahyang ketika takut atau ada bahaya)
Solat adalah salah satu ibadat yang penting diantara sekian
banyak ibadat yang ada dalam ajaran islam.Ia merupakan suatu kewajiban bagi
mereka yang telah baligh. Wajib dalam erti ianya harus dilaksanakan, dalam
kondisi dan situasi bagaimanapun. Baik dalam perjalanan maupun dalam keadaan
sakit. Seberat apapun sakit yang kita alami solat tidak boleh ditinggalkan.
Bahkan dalam situasi perang pun solat berhukum wajib. Dalam erti kata, selagi
nyawa masih melekat dibadan, selagi kita masih hidup, solat wajib dilaksanakan.
Bererti solat hanya boleh ditinggalkan, bilamana kita telah meninggal dunia.
Demikianlah Islam mengatur agar hubungan antara makhluk dengan
Khaliknya tidak terputus. Sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam.
Namun disebalik keharusan dan kewajiban solat dalam kondisi
situasi bagaimanapun itu, Allah SWT memberi keringanan (rukhsah) kepada hambanya.
Solat itu wajib dilaksanakan sesuai dengan kemampuan kita, dalam kondisi dan
situasi yang sedang dialami. Allah tidaklah akan membebani hambanya kecuali
semampunya. Sehingga dalam ajaran Islam ada diajarkan cara solat dalam beberapa
keadaan. Misalnya solat bagi orang sakit boleh duduk kalau tidak sanggup berdiri,
atau berbaring atau cukup dengan isyarat kalau memang itu maksimal kemampuannya.
Begitu juga bagi mereka yang berpergian ( musyafir ). Boleh
dijamak atau diqasar. Atau boleh solat diatas kenderaan. Atau boleh bertayammum
dengan debu yang bersih sekiranya tidak mendapati air untuk berwudhuk. Bahkan
dalam situasi perang kita boleh solat sambil berjalan ( solat khauf ), solat
dalam keadaan takut. Ini semua menggambarkan bahawa solat tidak boleh ditinggalkan.
Allah s.w.t. ada berfirman di dalam Al Quran(surah Al Baqarah
ayat 238-239) yang bermaksud :-
“Peliharalah segala solat mu dan solat wusta, berdirilah
untuk Allah dengan khusyuk.Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya) , maka solatlah
sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman maka sebutlah
Allah (solatlah) sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada kamu apa yang
belum kamu ketahui.
Solat Khauf adalah solat yang di lakukan ketika dalam keadaan
sangat kuathir akan kemungkinan ada bahaya terjadi sewaktu sedang solat.Misalnya
dalam waktu peperangan.Cara solat ketika itu di atur berbeza daripada solat
yang di lakukan di waktu aman.Allah s.w.t. telah berfirman :-
“Dan apabila kamu ada pada mereka (sahabat mu) lalu kamu mendirikan
solat bersama-sama mereka,maka hendaklah berjaga sebahagian diantara mereka
bersama-sama dengan engkau dan hendaklah mereka berada di belakang kamu, kemudian
datang pula golongan lain yang belum sembahyang hendaklah mereka solat besertamu dan yang lain mengambil penjagaan
dan memegang senjata mereka.”
(surah
An-Nisa’ ayat 102)
Cara sembahyang Rasullullah berbeza-beza mengikut riwayat.Sebahagian
ahli hadis meriwayatkan tiga cara dan yang lain sepuluh cara dan ada pula
yang meriwayatkan enam belas cara , bahkan ada yang meriwayatkan dua puluh
empat caranya.
Semua perbezaan itu mungkin telah di kerjakan oleh Rasullullah
s.a.w. kerana berbeza keadaan di waktu-waktu itu , tetapi yang penting ialah
sembahyang wajib di kerjakan sebaik mungkin dan penjagaan serta perlawanan
terhadap musuh tidak di-lalaikan atau di sia-siakan.
Syarat syarat solat
khauf
Di sini ada beberapa syarat yang telah disepakati oleh imam
Shafie dan Ahmad serta para pengikutnya untuk
menunaikanya solat khauf iaitu :
a)Hendaklah bilangan tentara Islam itu lebih banyak
b)Tidak dikhuatiri tentera
musuh mampu membuat serangan hendap ketika sembahyang berlangsung .
c)Hendaklah bilangan tentera Islam itu dapat di pecahkan
kepada beberapa bahagian (iaitu lebih daripada 6 orang).
Cara ini telah di riwayatkan oleh imam Ahmad,Imam Muslim dan
Ibnu Majah daripada hadis Jabir yang mana kaifiatnya adalah seperti berikut:-
Imam perlu membahagikan batalion tentera kepada dua kumpulan,
setiap kumpulan perlu lebih daripada tiga orang kerana dikira berjamaah itu
sekurang-kurangnya tiga orang. Seterusnya setiap kumpulan akan membuat sof
di belakang Imam; satu kumpulan boleh terdiri daripada beberapa sof, mengikut
jumlah yang munasabah di mata imam.
Di sini akan di gambarkan satu cara solat khauf yang dilakukan
Rasullullah s.a.w. ketika di Batnin Nakhl , seperti mana yang telah di riwayatkan
oleh Abu Daud yang bermaksud:-
"Dari Abu Bakrah
r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. pernah mengerjakan sembahyang takut dengan orang-orang
yang ada bersamanya dua rakaat dan dengan orang yang datang dua rakaat pula,
maka sembahyang Nabi s.a.w. adalah empat rakaat dan bagi mereka yang datang
dua rakaat pula."
Cara ini dilakukan Rasullullah ketika musuh dari arah yang bertentangan
dengan kiblat.Cara ini disepakati oleh Imam Syafie , Imam Maliki dan Imam
Hambali , ianya adalah seperti berikut:
Imam akan membahagikan tentera kepada dua kumpulan, kumpulan
yang pertama akan bersembahyang bersamanya manakala kumpulan yang kedua akan
kekal mengawasi keadaan. Adapun barisan yang mengikut imam boleh melakukan
seluruh sembahyangnya sehingga selesai, kemudian mereka pula menggantikan
barisan yang sedang berjaga supaya barisan yang satu lagi itu boleh mengerjakan
sembahyang mereka di belakang imam.
Adalah hukumnya sunat bagi imam sembahyang yang kedua ini
, tetapi adalah wajib hukumnya bagi saf yang baru datang itu.
Perkara-perkara yang membatalkan Solat Khauf
Di sana terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan solat
khauf yang digariskan oleh ulama’-ulama’ mazhab yang mutakhir yang mana secara
ringkasnya adalah seperti berikut :
1 ) Terbatal wudu’ ketika dalam sembahyang
2 ) Menjerit dan melaung ( sekiranya tidak diperlukan
)
3 ) Gerakan-gerakan yang banyak yang tiada kaitan dengan
peperangan
4) Darah yang banyak tidak menjejaskan sembahyang ( di sisi
mazhab Maliki tetapi imam Syafie ia membatalkan sembahyang kecuali kerana
terpaksa atau darurat ) maka ianya dimaafkan.
Demikianlah beberapa kaifiat solat khauf yang masyhur yang telah
diriwayatkan daripada Rasulullah s.w.t berkepada hadis- hadis yang sahih .
Sekian