GURU BIMBINGAN: USTAZ YUSRI
Soalan 1 :
Sebutkan 3 surah
Makkiyah yang didalamnya mengandungi ayat ‘Sajadah’. Tuliskan juga
ayat ‘Sajadah’ daripada surah-surah tersebut.
3 Surah Makkiyah yang
didalamnya mengandungi ayat ‘Sajadah’ ialah :
Surah Al-A’raaf Ayat 206 [ 7 : 206 ]
[206]
Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh
(ingkar) daripada beribadat kepadaNya dan mereka pula bertasbih bagiNya dan
kepadaNyalah jua mereka sujud.
Surah Maryam Ayat 58 [
[58]
Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat
yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam dan dari keturunan
orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh dan dari
keturunan Nabi Ibrahim dan (dari keturunan) Israil dan mereka itu adalah dari
orang-orang yang Kami beri hidayat petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan
kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.
Surah Fussilat Ayat 37 [ 41 : 37]
[37]
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari
dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada
bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya,
kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.
Soalan 2 :
Sebutkan nama 5 Surah
Makkiyah yang mengandungi lafaz ‘Kalla’. Dan tuliskan ayat-ayat
tersebut serta terjemahannya.
5 Surah Makkiyah yang
mengandungi lafaz ‘Kalla’ ialah
Surah Maryam Ayat
80 [ 19 : 80 ]
[81]
Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan,
supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi
kemuliaan dan pengaruh kepada mereka.
Surah As-Syu’araa
Ayat 62 [ 26 : 62 ]
[62]
Nabi Musa menjawab: Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya
aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolonganNya),
Dia akan menunjuk jalan kepadaku.
Surah Al-Muthafiffin Ayat 7 [ 83 : 7]
[7]
Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan
hari akhirat)! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang
berdosa itu (didaftarkan) dalam "Sijjiin".
Surah Al-Fajr Ayat 17 [ 89 : 17 ]
[17]
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan
kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak
memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya);
Surah Al-Humazah Ayat 3 [ 104 : 3 ]
[3] Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
Soalan 3 :
Tuliskan contoh ayat-ayat
daripada surah-surah Makkiyah yang menceritakan kisah-kisah nabi berikut:
Kisah Nabi Musa a.s ( Surah As-Syu’Araa Ayat 45 - 49 [ 26
: 45-49 ] )
[45]
Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu
menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
[46]
Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan
diri: Sujud,
[47]
Sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,
[48]
Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun.
[49]
Firaun berkata: Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu?
Sesungguhnya dialah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh
itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong
tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya.
Kisah Nabi Hud a.s (Surah As-Syu’Araa Ayat 124-131 [ 26 :
124-121 ] )
[124]
Ketika saudara mereka Nabi Hud, berkata kepada mereka: Hendaknya kamu mematuhi
perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
[125]
Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada
kamu.
[126]
Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.
[127]
Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan
(dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
[128]
Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan
yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.
[129]
Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng
yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?
[130]
Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan
kejam bengis?
[131] Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.
Kisah Nabi Luth a.s ( Surah Al-Qamar Ayat 34-40 [ 54 : 34-40
]
[34]
Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani
mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan
menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam,
[35]
Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang
bersyukur.
[36]
Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai
azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.
[37]
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu
Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu
dan kesan amaran-amaranKu!
[38]
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi
hari (esoknya).
[39]
Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
[40]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran,
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
Kisah Nabi Daud a.s ( Surah Saad Ayat 17-22 [ 38 : 17-22
] )
[17]
Bersabarlah (wahai Muhammad) terhadap apa sahaja yang mereka katakan dan ingatlah
akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan agamanya);
sesungguhnya dia adalah sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan bersabar
mematuhi perintah Kami).
[18]
Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami
bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari.
[19]
Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami
bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing
menurutnya.
[20]
Dan Kami kuatkan kerajaannya, serta Kami kurniakan kepadanya hikmah kebijaksanaan
dan kepetahan berkata-kata (dalam menjalankan hukum dan menjatuhkan hukuman).
[21]
Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang
yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat;
[22]
Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu dia terkejut melihat mereka;
mereka berkata kepadanya: Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang
berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain;
oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil dan janganlah melampaui (batas
keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.
Kisah Nabi Sulaiman a.s ( Surah Al-Anbiyaa Ayat 81-84 [21
: 81-84 ] )
[81]
Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup
menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya dan adalah
Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[82]
Dan (Kami mudahkan) sebahagian dari Syaitan-syaitan untuk menyelam baginya,
serta melakukan kerja-kerja yang lain dari itu dan adalah Kami mengawal mereka
(daripada melanggar perintahnya).
[83]
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya
dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja
yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.
[84]
Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang
menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: Keluarganya, dengan seganda lagi
ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang
yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).
Soalan 4:
Berikan
ayat-ayat setiap satu daripada Surah
Makkiyah dan Madaniyyah yang menceritakan Kisah Nabi Adam a.s dan Iblis
Surah Makkiyah Kisah Nabi Adam a.s dan Iblis
( Al-Israa’ Ayat 61-64 [ 17 : 61-64] )
[61]
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah
kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah
aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?
[62]
Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan
mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah
aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya,
kecuali sedikit (di antaranya).
[63]
Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)!
Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah
balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
[64]
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu;
dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk
mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda
dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal
tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
Surah Madaniyyah Kisah Nabi Adam a.s dan Iblis
( Al-Baqarah Ayat 34-36 [
[34]
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat)
kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan
Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.
[35]
Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga
dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan
janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah
kamu dari golongan orang-orang yang zalim.
[36]
Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan
menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya
dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada
sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi,
serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati).
Soalan 5:
Sebutkan 3 Surah daripada Madaniyyah yang mengandungi golongan Munafik serta tuliskan ayat-ayat daripada surah-surah tersebut.
3 Surah tersebut ialah :
Surah An-Nisa Ayat 61 [ 4 : 61 ]
[61]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran
yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau
melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan
bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
Surah At-Tahrim Ayat 9 [ 66 : 9 ]
[9]
Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik,
serta bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah
Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Surah Al-Baqarah Ayat 17 [
[17] Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik
itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi
sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka
dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun)
Soalan 6:
Sebutkan 3 Surah daripada
Madaniyyah yang didalamnya mengandungi dialog dengan golongan Ahli
Kitab dan tuliskan ayat-ayat tersebut.
3 Surah tersebut ialah
:
Surah Ali Imran Ayat 65 [ 3 : 65 ]
[6]Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani mempertengkarkan tentang
(agama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan
kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu
tidak mahu menggunakan akal?
Surah Maidah Ayat 59 [
[59]Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak mencela dan menyalahkan kami melainkan kerana kami beriman kepada Allah dan beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami, serta beriman kepada apa yang diturunkan sebelum itu, dan kerana kebanyakan kamu sesungguhnya adalah orang-orang yang fasik.
Surah An-Nisaa’ Ayat 171 [ 4 : 141 ]
[171]Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al-Masih Isa Ibni Mariam itu hanya seorang Pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Mariam dan (dia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: (Tuhan itu) tiga. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).